Rabu, 29 Oktober 2008

Latarbelakang Perpustakaan Desa Kg. Bukit Betong


Perpustakaan Desa Kg. Bukit Betong merupakan sebuah perpustakaan di bawah projek khas Perpustakaan Negara Malaysia dan diselia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan ini terletak kira-kira 25 kilometer daripada bandar Kuala Lipis. Lokasi perpustakaan ini terletak di sebahagian bangunan Balai Penghulu Mukim Batu Yon, Kg. Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang.

Pada 25 Disember 2006, perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Yang Berhormat Dato' Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail DIMP, SMP, AMP. Dengan itu, perpustakaan desa ini menjadi sebuah pusat aktiviti dan gedung ilmu bagi pelbagai golongan dan masyarakat Kg. Bukit Betong dan kampung-kampung di sekitarnya.

Tiada ulasan: