
Perpustakaan Desa PNM Kg Bukit Betong telah mengadakan satu program ‘Kraf Kreatif’. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak dalam meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan seni kraftangan. Pada kali ini, aktiviti yang dijalankan adalah ‘Bird Mobile’ (gantungan burung). Kraftangan yang siap dibuat akan dibawa balik oleh kanak-kanak dan dipamer di Perpustakaan.
'Mobile' merupakan satu kraftangan yang menggunakan kertas yang dilipat-lipat menjadi satu bentuk dan digantung dengan menggunakan tali. Kraftangan ini sangat menarik untuk di ajar kepada kanak-kanak. Ia boleh dijadikan hiasan di rumah, bilik tidur dan juga di dalam kelas. Lebih menarik jika ia dibuat dengan menggunakan kertas yang berwarna warni.
